PERSATUAN PENDUDUK TAMAN JASMIN
NO. Pendaftaran: 2035-05-3
Rujukan Kami: PPTJ/S5/09
Tarikh: 13 Mei 2009
Persatuan Penduduk Taman Jasmin
No.32, Lorong Rumbia 1, Bukit Jambul,
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang
Kepada:
Yang di Pertua,
Majlis Perbandaran Pulau Pinang,
Paras 16, KOMTAR, Jalan Penang,
10675, Pulau Pinang.
Yang di Pertua,
Permohonan Pertukaran Jadual Pungutan Sampah di Taman Jasmin, Sungai Nibong, Pulau Pinang
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. YDP adalah dimaklumkan bahawa penduduk di Taman Jasmin memohon untuk jadual pungutan sampah di kawasan perumahan kami di tukar tarikh kepada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu. Permohonan kami adalah berdasarkan kepada aktiviti mengemas rumah dihujung minggu dan juga pembelian bahan makanan basah yang menyebabkan pertambahan sampah terutama dihujung minggu. Jadual semasa terutama pada hari Selasa kurang sesuai memandangkan bahan buangan basah berbau yang dibuang pada pada hujung minggu hanya akan di pungut pada hari Selasa.
4. Perhatian dan pertimbangan segera YDP meluluskan permohonan Persatuan seterusnya mengatasi masalah ini amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
(ABDUL AZIZ BIN ABU HASSAN)
PENGERUSI
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN JASMIN
c/s.YDP isu peralatn mainan

