
![]()
BIL. 1/2009 APRIL 2009
![]()
ASSALAMUALAIKUM / SALAM SEJAHTERA
KEPADA SEMUA AHLI PERSATUAN,
Persatuan Penduduk Taman Jasmin ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemas kini maklumat berkaitan aktiviti Persatuan untuk perhatian ahli-ahli Persatuan. Seperti yang Tuan/Puan sedia maklum Mesyuarat Agung Tahunan telah diadakan pada 14 April yang lepas. Tiada perlantikan AJK baru dibuat memandangkan Perlembagaan Persatuan menetapkan untuk perlantikan dibuat setiap 2 tahun.
Beberapa perkara telah dibincang dan diputuskan pada mesyuarat Agung tersebut dan juga pada mesyuarat AJK pada 22 April yang lepas:
| BIL | PERKARA |
| 1. | Perkhidmatan Sekuriti Mesyuarat telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan sekuriti ’East & West Services’. Syarikat telah dimaklumkan keputusan penamatan ini. Ahli yang melanggan perkhidmatan ini adalah dinasihatkan untuk tidak membuat pembayaran seterusnya. Walaubagaimanapun, bagi ahli yang masih berminat untuk terus melanggan adalah diminta untuk berurusan terus dengan En Ravi (East & West Services) . |
| 2. Bil. | Jadual Pungutan Sampah Persatuan akan mengemukakan permohonan kepada MPPP bagi membuat penukaran jadual pungutan kepada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu. Ini telah diputuskan mengambil kira jumlah sampah pada Perkara |
| | hujung minggu dari aktiviti mengemas rumah dan juga pembelian bahan makanan basah. No. Telefon kontraktor pungutan sampah sekiranya perlu dihubungi adalah seperti berikut: Tel: 0124982270 (En. Malik) |
| 3. | Blog Taman Jasmin Bagi meningkatkan mutu penyebaran maklumat kepada ahli, satu Blog khas Persatuan telah diadakan. No. Blog adalah seperti tertera di bawah. Selepas ini penyebaran maklumat dan juga notis akan hanya disebarkan melalui blog ini. Ahli-ahli adalah diminta melayari Blog ini bagi mendapatkan maklumat terkini dan juga bagi menyampaikan komen dan cadangan. http://taman jasmin.blogspot.com |
| 4. | Kemudahan Tambahan di kawasan Taman Jasmin Penduduk adalah dimaklumkan bahawa Persatuan sedang mengusahakan bagi mendapatkan pihak berkuasa mengambil tidakan atas beberapa perkara seperti: 1) Memasang lampu di Lorong Belakang 2) Memasang lampu trafik di simpang Surau AnNur Lebuh Nipah 3) Meyedia ’zebra crossing ’ di Lebuh Nipah 4) Memasang ’hump’ di jalan berhadapan sekolah & Lorong Relau 5) Membaiki peralatan permainan yang rosak di padang permainan |
| 5. | Yuran Tahunan Memandangkan dana Persatuan yang agak kurang, mesyuarat telah memutuskan untuk yuran tahunan bermula tahun 2010 dinaikkan kepada RM30.00 setahun. Dengan pertambahan yuran ini adalah diharapkan aktiviti Persatuan akan dapat diadakan dengan lebih baik. |
SENARAI AHLI JAWATANKUASA 2008 / 2009
| BIL | JAWATAN | NAMA | ALAMAT |
| 1 | YANG DIPERTUA | ABDUL AZIZ BIN ABU HASSAN | 32 LORONG RUMBIA 1 |
| 2 | TIMBALAN YANG DIPERTUA | RIDZUAN BIN ISMAIL | 97 LEBUH NIPAH |
| 3 | SETIAUSAHA | IDRUS BIN MAT | 40 LORONG RUMBIA 1 |
| 4 | PENOLONG SETIAUSAHA | BALASANDRAN A. RAMAIAH | 8 LORONG RUMBIA 1 |
| 5 | BENDAHARI | TN HJ MOHD NIZAM B. HJ MOHAMED BAKRI | 85 LEBUH NIPAH |
| 6 | TIMBALAN BENDAHARI | VINCENT LIAN CHOON TAN | 42 LEBUH NIPAH 4 |
| 7 | AJK | PROF MADYA RAZIP SAIMAN | 17, LORONG RUMBIA 1 |
| 8 | AJK | SABRAN BIN SAMSURI | 5, LORONG RUMBIA 1 |
| 9 | AJK | MOHD MAIDIN | 38 LORONG RUMBIA 2 |
| 10 | AJK | TONY KUAR SOO KANG | 19, LORONG RUMBIA 2 |
| 11 | AJK | JANARTHANAN A/L M. PALANIVELLU | 33 LEBUH NIPAH 4 |
| 12 | AJK | PATRICK CHOONG | 57, LEBUH NIPAH |
| 13 | AJK | AZFIZAN BIN AZIZ | 41,LORONG RELAU 1 |
| 14 | AJK | SAIFUL BAHRI BIN IBRAHIM | 42, LORONG RELAU 1 |
Persatuan berharap untuk dapat memberi khidmat yang lebih efektif pada tahun ini dan kerjasama tuan/puan bagi menjayakan aktiviti-aktiviti Persatuan amatlah dialu-alukan.
Sekian.