Thursday, April 30, 2009

APRIL 2009 - BULLETIN

BULETIN PERSATUAN PENDUDUK   TAMAN JASMIN, PULAU PINANG

 


BIL. 1/2009                   APRIL 2009

 

 


ASSALAMUALAIKUM / SALAM SEJAHTERA

KEPADA SEMUA AHLI PERSATUAN,

 

Persatuan Penduduk Taman Jasmin ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemas kini maklumat berkaitan aktiviti Persatuan untuk perhatian ahli-ahli Persatuan. Seperti yang Tuan/Puan sedia maklum Mesyuarat Agung Tahunan telah diadakan pada 14 April yang lepas. Tiada perlantikan AJK baru dibuat memandangkan Perlembagaan Persatuan menetapkan untuk perlantikan dibuat setiap 2 tahun.

 

Beberapa perkara telah dibincang dan diputuskan pada mesyuarat Agung tersebut dan juga pada mesyuarat AJK pada 22 April yang lepas:

 

BIL

PERKARA

1.

Perkhidmatan Sekuriti

Mesyuarat telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan sekuriti ’East & West Services’. Syarikat telah dimaklumkan keputusan penamatan ini. Ahli yang melanggan perkhidmatan ini adalah dinasihatkan untuk tidak membuat pembayaran seterusnya.

Walaubagaimanapun, bagi ahli yang masih berminat untuk terus melanggan adalah diminta untuk berurusan terus dengan En Ravi (East & West Services) .

2.

 

 

 

Bil.

Jadual Pungutan Sampah

Persatuan akan mengemukakan permohonan kepada MPPP bagi membuat penukaran jadual pungutan kepada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu. Ini telah diputuskan mengambil kira jumlah sampah pada

Perkara

 

hujung minggu dari aktiviti mengemas rumah dan juga pembelian bahan makanan basah.

No. Telefon kontraktor pungutan sampah sekiranya perlu dihubungi adalah seperti berikut:

Tel: 0124982270 (En. Malik)

3.

Blog Taman Jasmin

Bagi meningkatkan mutu penyebaran maklumat kepada ahli, satu Blog khas Persatuan telah diadakan. No. Blog adalah seperti tertera di bawah. Selepas ini penyebaran maklumat dan juga notis akan hanya disebarkan melalui blog ini. Ahli-ahli adalah diminta melayari Blog ini bagi mendapatkan maklumat terkini dan juga bagi menyampaikan komen dan cadangan.

http://taman jasmin.blogspot.com

 

4.

Kemudahan Tambahan di kawasan Taman Jasmin

Penduduk adalah dimaklumkan bahawa Persatuan sedang mengusahakan bagi mendapatkan pihak berkuasa mengambil tidakan atas beberapa perkara seperti:

1)    Memasang lampu di Lorong Belakang

2)    Memasang lampu trafik di simpang Surau AnNur Lebuh Nipah

3)    Meyedia ’zebra crossing ’ di Lebuh Nipah

     4)   Memasang ’hump’ di jalan berhadapan sekolah & Lorong Relau

     5)   Membaiki peralatan permainan yang rosak di padang permainan

5.

Yuran Tahunan

Memandangkan dana Persatuan yang agak kurang, mesyuarat telah memutuskan untuk yuran tahunan bermula tahun 2010 dinaikkan kepada RM30.00 setahun. Dengan pertambahan yuran ini adalah diharapkan aktiviti Persatuan akan dapat diadakan dengan lebih baik.

 

 

SENARAI AHLI JAWATANKUASA 2008 / 2009

 

BIL

 

JAWATAN

 

 

NAMA

 

 

ALAMAT

 

1

 

YANG DIPERTUA

 

ABDUL AZIZ BIN ABU HASSAN

 

 

32 LORONG RUMBIA 1

 

2

 

TIMBALAN YANG DIPERTUA

 

RIDZUAN BIN ISMAIL

 

 

97 LEBUH NIPAH

 

3

 

SETIAUSAHA

 

IDRUS BIN MAT

 

 

40 LORONG RUMBIA 1

 

4

 

PENOLONG SETIAUSAHA

 

BALASANDRAN A. RAMAIAH

 

 

8 LORONG RUMBIA 1

 

5

 

BENDAHARI

 

TN HJ MOHD NIZAM B. HJ MOHAMED BAKRI

 

85 LEBUH NIPAH

 

6

 

TIMBALAN BENDAHARI

 

VINCENT LIAN CHOON TAN

 

 

42 LEBUH NIPAH 4

 

7

 

 

AJK

 

PROF MADYA RAZIP SAIMAN

 

 

17, LORONG RUMBIA 1

 

8

 

 

AJK

 

SABRAN BIN SAMSURI

 

 

5, LORONG RUMBIA 1

 

9

 

AJK

 

MOHD MAIDIN

 

 

38 LORONG RUMBIA 2

 

 

10

 

AJK

 

TONY KUAR SOO KANG

 

 

19, LORONG RUMBIA 2

 

11

 

AJK

 

JANARTHANAN A/L M. PALANIVELLU

 

33 LEBUH NIPAH 4

 

12

 

AJK

 

PATRICK CHOONG

 

 

57, LEBUH NIPAH

 

13

 

AJK

 

AZFIZAN BIN AZIZ

 

 

41,LORONG RELAU 1

 

14

 

AJK

 

SAIFUL BAHRI  BIN IBRAHIM

 

 

42, LORONG RELAU 1

 

Persatuan berharap untuk dapat memberi khidmat yang lebih efektif pada tahun ini dan kerjasama tuan/puan bagi menjayakan aktiviti-aktiviti  Persatuan amatlah dialu-alukan.

Sekian. 

No comments:

Post a Comment